Monday, September 27, 2010

CARA-CARA MENANAM POKOK

Adalah menjadi amalan yang baik untuk memberi penjagaan rapi kepada pokok yang anda tanam bermula dari hari pertama penanamannya untuk menjamin pokok sentiasa sihat. Ini juga bermaksud masa tambahan perlulah diluangkan untuk penjagaannya.
Waktu Sesuai Untuk Penanaman Pokok
Keadaan cuaca memainkan peranan penting ketika menentukan waktu penanaman pokok. Pokok yang baru ditanam memerlukan keadaan suhu yang sederhana dan hujan ataupun air yang mencukupi untuk membolehkan akar ditumbuh dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sebelum cuaca yang panas dan kering tiba.

Kesemua cara-cara penanaman pokok memerlukan pengalian lubang penanaman

Amalan biasa adalah menanam pokok ke dalam tanah dengan kedalaman tidak melebihi daripada tempat asal pokok tersebut digali. Diameter lubang penananam pokok mestilah sekurang-kurangnya 3 kali diameter akar pokok “Rootball” ataupun dari kontena pokok semasa dibeli. Ini akan membekalkan tanah yang secukup untuk akar bertumbuh.

Penanaman Pokok Secara “Balled and Burlapped“

Pokok dengan akar “Balled and burlapped” (B & B) biasanya perlu ditanam dengan kadar segera tetapi boleh juga disimpan sementara waktu sekiranya bahagian bebola akarnya dikekalkan kelembapannya dan disimpan di tempat yang redup. Pokok dengan akar “Balled and burlapped” (B & B) mestilah sentiasa diangkut di bahagian bebola akarnya, bukan di bahagian batangnya. Bahagian “Burlap” iaitu gumpalan akar dan tanah mestilah dijaga rapi untuk mamastikan ia tidak dipotong.


Tanah pengisian (campuran peat moss, bahan-bahan kompost dan topsoil) mestilah diisikan dalam lubang dan perlu diingati supaya tidak memampatkan tanah pengisian ini untuk membenarkan pengaliran air melalui ruang-ruang partikal tanah untuk sampai ke bahagian akar dan juga membenarkan pertumbuhan akar selanjutnya dari bebola akar.
Cara-cara Menanam Pokok (pokok yang ditumbuh dalam bekas)
Penanaman Pokok dari Bekas atau Polibeg
Cara-cara penanaman pokok tersebut adalah lebih kurang sama tekniknya dengan pokok B&B. Sekiranya pokok didapati dalam bekas besi ataupun plastik, alihkan keseluruhan bekas tersebut, periksa dengan teliti bahagian akarnya, gunakan tangan ataupun alat-alatan yang tumpul untuk mengalihkan akar-akar kecil dan jarangkan gumpalan akar sebelum penanaman.  
Selepas pokok tersebut ditanam di lubang, tanah asal perlulah diisikan megikut ketinggian bekas asal. Ingat, jangan mampatkan tanah isian dengan tapak kaki anda. Mampatkan berhati-hati dengan tapak tangan anda.

Penanman Pokok dengan Akar Terdedah
Penanaman pokok dengan akar terdedah adalah berlainan kerana tidak terdapat tanah yang terlekat dengan akar pokok tersebut. Perlulah diingati bahawa pokok perlulah ditanam segera selepas pembelian dari nurseri. Pastikan akar sentiasa lembap dan mempunyai rerambut akar. Potong dan alihkan akar yang rosak dan pastikan mengekalkan kebanyakan bahagian akarnya.
Untuk penanaman, gali lubang berbentuk kon dan letakkan pokok di tengah-tengah lubang dan pastikan akarnya dijarakkan 2 inci dari bahagian permukaan tanah untuk proses pemendapan tanah.
 

No comments:

Post a Comment